
Kultus adalah alih bahasa atau translisasi ayat 'cult'. bermaksud pendewaan melampau terhadap satu-satu individu.
Dalam sejarah islam obsesi kultus atau pendewaan melampau masih berlaku di kalangan umat. melihatkan gelagat pengikut syiah sewaktu meraikan peristiwa karbala jelas menunjukkan ada memang terdapat segelintir umat telah dipesongkan pendirian akidahnya.
Syiah ini dipelopori oleh abdullah bin saba seorang yahudi yang berpura memeluk islam. beliau digelar ibnu saba atau putera hitam dan datang dari yaman. dia hadir sewaktu pergeseran antara ali r.a dan muawiyah bin abi sufiian. dalam katastrophi perang saudara ini, abdullah bin saba menabur propaganda.
Semua sahabat termasuk abu bakar,umar dan uthman digelarkan sebagai kafirun. pendewaan melampau mengangkat ali r.a menjalar laju berterusan berpuluh dan beratus tahun lamanya. hinggakan kultus maha sesat dari syiah ini menyebabkan timbulnya surah palsu/buatan dari kalangan mereka. surah palsu quran syiah ini digelar 'surah wilayah' yang kitabnya ada terdapat di iran.
Perhatikan sahaja sambutan atau perhimpunan besar moqtada as sadr di iraq,hasan nasrallah di lebanon atau hamas di palestin. di saat perkumpulan manusia ini pasti akan terdapat gambar ikon pemimpin agong mereka ayatollah khomeini. melihatkan ketaksuban pendokong kultus syiah ini, aku teringat akan mat sabu suami si normah. setiap kali beliau membangkitkan semangat ahli PAS akan isu kebangkitan islam, nama ayatollah khomeini dan revolusi iran tidak pernah lekang dari bibirnya.
Kultus ini ada dimana-mana sahaja. kim jong il pemimpin korea utara pengamal konsep kultus paling gila selepas syiah. setiap pagi,samada makan atau berjalan,bekerja atau bermain propaganda dan aktiviti mengangungkan jong ill senantiasa berlaku terhadap rakyatnya. kim jong ill dianggap tuhan oleh rakyat korea utara walaupun ikon kultus ini kaki brandi dan wiski.
Gambar kim jong ill akan terpampang dimana-mana sahaja rakyatnya berada, sama juga dengan gambar ayatollah khomeini sanjungan pengikut syiah di iran dan timur tengah.
Sewaktu di bagan pinang, gambar nik ajis ulamak dari kelantan juga berada di mana-mana lokasi. samada di cermin kereta,sticker motor,baju t shirt,baju t shirt budak-budak yang tertera ayat 'adik sayang tok guru' semakin banyak dan menjadi-jadi parahnya.
Nik ajis adalah ikon kultus partai pas.
No comments:
Post a Comment