Ketika Dia Dlm UMNO

Ketika Dia Dlm UMNO

Kritikkan Anwar terhadap PAS

Kritikkan Anwar terhadap PAS

Ingat lagi ??

Ingat lagi ??

katanya lagi

katanya lagi

Anwar jadi imam kat tgh sembahyg jenazah Teo Beng Hock

Anwar jadi imam kat tgh sembahyg jenazah Teo Beng Hock

kenapa wahai Anwar ?

kenapa wahai Anwar ?

Jebat Must Die

Jebat Must Die
Wajarkah Jebat dibunuh ?

Friday, January 1, 2010

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam



Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan
milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya,"
jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini."
oleh : haprak daily




Orang kristian baru mendapat nama baru bagi tuhan mereka didalam bible. Itupun setelah nama ini dihadiahkan oleh hakim berbangsa kafir di Mahkamah Tinggi.

Ini bermakna, selama ini orang kristian tak mengetahui nama tuhannya sendiri.

Menghairankan apabila hanya di Malaysia yang merupakan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, terjadi perkara memalukan sebegini.

Di negara-negara dimana Islam menjadi anutan minoriti seperti Amerika, United Kingdom, Australia dan juga negara benua Afrika, tak pula pihak gereja berebutkan untuk menggunakan nama Allah didalam bible mereka.

Tetapi di negara bermajoritikan penganut Islam seperti Malaysia dan juga Indonesia pula dijadikan sasaran untuk merampas hak ekslusif penggunaan nama Allah.

Apakah ini agenda terancang pihak-pihak gereja untuk mengelirukan umat Islam dengan memanipulasi nama Allah di negara ini?

Apakah ada usaha-usaha sulit dari pihak kafir laknatullah untuk memecah belahkan iman penganut islam di Malaysia?

Cuba kita bayangkan jika suatu hari nanti kita dihidangkan dengan ayat "Jesus anak Allah" dan juga "Mary itu wanita pilihan Allah" didalam bible digereja-gereja seluruh negara. Apakah ini tidak menimbulkan kekhuatiran didalam hati sanubari kita?

Bagaimana pula jika generasi muda kita di khabarkan, "Jika kita berdosa kepada ALLAH, jumpalah paderi di gereja untuk pengampunan" ?

Apakah ayat sebegini tidak mengelirukan pemikiran umat Islam terutamanya anak-anak muda muslim yang masih didalam proses mengenal Allah SWT?

Sekalung tahniah buat parti Pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini.

Selepas ini, jangan pula hairan jika kita melihat tulisan GEREJA ALLAH bagi menggantikan House Of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara.

Ini akan menjadi lambang kepada perbuatan melacurkan agama oleh puak-puak yang mengaku pejuang Islam seperti PAS !

No comments:

Post a Comment