Ketika Dia Dlm UMNO

Ketika Dia Dlm UMNO

Kritikkan Anwar terhadap PAS

Kritikkan Anwar terhadap PAS

Ingat lagi ??

Ingat lagi ??

katanya lagi

katanya lagi

Anwar jadi imam kat tgh sembahyg jenazah Teo Beng Hock

Anwar jadi imam kat tgh sembahyg jenazah Teo Beng Hock

kenapa wahai Anwar ?

kenapa wahai Anwar ?

Jebat Must Die

Jebat Must Die
Wajarkah Jebat dibunuh ?

Monday, December 7, 2009

Cerita PUSAT HIBURAN PAS di Kedah..


Selepas PAS Kedah berjaya memegang tampuk pemerintahan pasca PRU12 pada Mac 2008, nampaknya tiada banyak beza dengan kepimpinan yang dahulunya mereka sendiri persendakan, iaitu kepimpinan UMNO/BN..

Jangan sesiapa pun bantah! Ini ketetapan Kerajaan "Islam" PAS Kedah. Mungkin setelah mendapat "restu" dari Tuan Yang Terutama Mursyidul Am PAS, maka "ter"lulus"lah pusat hiburan ini. Kalau ditegur, maka mereka akan menuding jari kepada kita.

"Alahhh..BN dulu pun bagi lesen pusat hiburan.." begitulah kebiasaan alasan yang selalu dibalas puak-puak PAS apabila dibidas. Sedangkan sebelum berkuasa di Kedah, puak-puak PAS inilah yang menentang, mengutuk dan memprotes wujudnya pusat hiburan seperti ini. Dan kini apabila mereka mendapat kuasa, diberi pula lesen baru untuk menambah kewujudan pusat hiburan! "Ludah ke langit, jatuh bertepek di atas muka sendiri", "ketuk dulang paku serpih, mengata orang PAS yang lebih"!


Satu lagi jawapan yang biasa diberikan oleh Tok-Tok Lebai PAS tentang kes sebegini ialah "kita orang Islam haruslah menghormati kehendak orang bukan Islam". "Orang Islam tak payahlah masuk Pub, biarkanlah orang bukan Islam sahaja yang masuk.." sambung mereka.

"Orang Islam semua tahu arak itu haram, jadi mereka takkan minum, yang minum hanyalah yang bukan Islam.." mereka menambah. "Islam kita tidak jumud dan menerima masyarakat bukan Islam dan hak kebebasan mereka", terang mereka lagi panjang lebar.

Mungkin Kerajaan PAS Kedah sudah lupa pada janji dan manifesto mereka pada PRU12 yang lepas. "Ada benda yang kita utamakan dan ada benda yang akan dilambatkan sikit. Kita akan ‘study’ dulu dan tengok mana satu akan diberi keutamaan untuk melaksanakannya,” Azizan Razak pernah berkata sedemikian.



MUNGKIN juga dalam Pub & Karaoke tersebut hanya dijual air Sirap, Teh O Ais, NESLO atau Kacang Goreng?! ...

Dan MUNGKIN juga LIVE BAND tersebut hanya dinyanyikan oleh Akill Hayy & Kumpulan lamanya The Riyadh? Sapa tau?! .... Hmmmm .........

Dan MUNGKIN juga lagu Karaoke tu hanya lagu tema 1MALAYSIA & Lagu Tiga Kupang . Saku penuh padi ..... la la la la ....



Pak-Pak Lebai & Mak-Mak Hajjah bolehlah turut serta ... PANGKAHLAH PAS LAGI UNTUK MENAMBAHKAN PUB DI BANDARAYA KITA!
Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KEDAH , tak sama dan tak serupa dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KELANTAN & TRENGGANU & PERAK ... MUNGKIN BAGI DEPA, ISLAM BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN TEMPAT & KEADAAN KOT!?

No comments:

Post a Comment