
Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik (gambar) berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia.Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.Akhbar berbahasa Cina memetik Lim berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam ulangtahun ke-41 parti itu di Ipoh malam tadi.Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara," katanya dalam laporan tersebut."Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin'," katanya lagi
Untuk makluman, Lim Keng Yik merupakan mantan MP Beruas. Undi penentu kemenangan beliau dalam beberapa siri PRU adalah di kalangan orang Melayu di Parlimen Beruas. semasa kempen pilihan raya suatu ketika dahulu. Dalam usaha untuk meraih undi orang Melayu, beliau pernah menegaskan bahawa jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang lebih elok diserahkan kepada wakil UMNO. Mungkin beliau sudah lupa dengan ungkapannya semasa kempen pilihan raya tersebut. Sekarang beliau cuba pula mengusik mengenai ketuanan Melayu.
No comments:
Post a Comment