

APABILA pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan, Aku tengok satu Malaysia sangat sedih, simpati dan marah. Bukan main punya simpati dan protes sampai ada pembesar Islam yang pegang colok dan lilin dalam upacara ‘vigil’ (tafakur) mereka.

Apabila tahanan India mati dalam lokap atau lari dari lokap dan terjun sungai, reaksi yang sama terjadi. Satu Malaysia marah lalu dibuat tunjuk perasaan dan dituntut tubuh suruhanjaya penyiasat.
Apabila seorang wanita India mati minum racun pasal dukacita saudara kandungnya mati ditembak polis, ada pembesar pembangkang berbangsa India cuba buat usul di Parlimen.
Tapi bila seorang pemuda Melayu di Perlis, Mohamad Taufik Noorzan, 21, dikatakan mengamuk dan cuba serang polis dengan pisau ditembak mati, Aku tengok macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Banyak lagi contoh macam tu. Belum kira lagi cerita tanah Melayu kena ambil kemudian dibuat pembangunan untuk semua bangsa. Rumah Melayu kena runtuh dan macam-macam lagi.
Jadi Aku kena kata Aku hairan. Budak-budak sekarang kata ‘konfius’.
Adakah orang Melayu tak peduli? Adakah orang Melayu sudah mati? Adakah orang Melayu tak berani? Adakah Melayu bangsa suka membisu dan menyepi? Atau adakah Yang Berhormat Melayu hanya makan gaji dan isi tembolok sendiri?
Aku bertanya lagi. Apakah nyawa pemuda Melayu kurang berharga daripada nyawa seorang pembantu politik Cina atau seorang India yang disyaki pencuri kereta?
Aku tak berani jawab pasal kalau dulu-dulu bukan macam ini. Dulu orang Melayu berani bersuara. Orang Melayu gigih pertahan hak bangsa dan hak negara.
Jadi apa Aku nak kata? Aku kata tahniah kepada orang Cina dan India kerana berani dan berjaya guna media massa yang mereka milik dan yang tidak mereka milik untuk mempertahan hak dan kebajikan kaum mereka.
Tahniah kepada orang Cina dan India kerana berjaya dapatkan simpati dan empati semua kaum sampai setiap kecelakaan yang timpa kaum mereka digambarkan macam tragedi negara.
Cuma Aku nak ulang tanya, di mana pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan NGO Melayu apabila orang Melayu maut ditembak polis dan tahanan Melayu mati dalam lokap?
No comments:
Post a Comment