
Lim Guan Eng bukan baru dalam politik. Sangat sukar untuk dia berada dalam kedudukan hari ini. Sebab yang melayakkan dia menduduki kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang bukan kerana orang sukakannya. Tetapi hanya kerana di sana, orang banyak membenci kerajaan pusat pada ketika itu. Malangnya dia tidak tahu mengambil peluang melalui cara yang terhormat.
Sepertimana kerajaan pusat hari ini ditekan dan disenggol golongan minoriti sehingga tahap keakuran atas keterbukaan tertentu menjadi semakin signifikan, DAP tetap menyerlahkan agenda chauvinisnya di mana akhirnya laungan bodoh pahlawan perkauman mereka yang hanya pandai menggunakan frasa " itu bersifat perkauman " , akan mati ditimpa perkataan-perkataan mereka sendiri.
Politik memang banyak berkait dengan propaganda. tetapi terlalu banyak propaganda merosakkan karier politik seseorang itu lebih-lebih lagi apabila mulutnya berkata lain, hatinya berniat lain
No comments:
Post a Comment